Aku suka tengok orang yang menulis dengan menggunakan tangan kiri (kidal)...mmmm.... rase unik sangat tengok diorang tulis dengan tangan kiri.....cute sangat.... mmmmm...nak taw tak keistemewaan orang tangan kidal????
Seorang yang kidal sebenarnya mempunyai kelebihan dalam aspek kemahiran tertentu seperti imaginasi, visual dan muzik. Ini kerana individu yang dominan tangan kiri lebih mendominasi bahagian otak di mana di bahagian kanan otak di mana di bahagian hemisfera kanan ini terletak kemahiran tertentu seperti kemahiran mempersepsi (kenal pasti corak, wajah, melodi dan melukis), bahasa mudah dan nombor serta boleh merasai perasaan orang lain....mmmmmm...bahaya nie....Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna orang yang dominan tangan kanan (dominasi hemisfera kiri) tiada kelebihan. Individu yang dominan tangan kanan biasanya mempunyai kemahiran matematik dan bahasa yang baik ( bertutur, menulis dan permahaman) serta mahir dalam kordinasi aturan pergerakan yang kompleks.