Friday, February 27, 2009

"APA PERASAAN ANDA APABILA MENDENGAR UCAPAN PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM


Nie adalah email yg di foword kpd aku.HayaTi le waHai UmaT Islam....

Apabila negara-negara Islam yang lain dilanda peperangan atau diserang
oleh askar kafir.....kita sering mendengar pemimpin-2 kita menggunakan
modal seperti ini.." Kita patut bersyukur Malaysia aman dan damai...."
Tetapi pernahkah kita berfikir untuk sejenak, sejarah ditulis setelah ia
berlaku, tetapi sejarah tidak dapat diramal ketika ia sedang berlaku.
Ketika rakyat Islam Bosnia disembelih oleh paramilitari Serb, pada malam
sebelumnya mereka hidup seperti biasa dan tidak pernah terlintas bahawa
keesokan harinya akan bermulanya hari celaka bagi mereka. Jadi, untuk
sejenak cuber kiter berfikir dalam bentuk reverse engineering iaitu:
Bagaimana jika kita yang diserang oleh kuasa kuffar seperti negara Islam
lain, dan negara Islam yang lain plak jadik cam kiter?


" MALAYSIA DISERANG ???
untuk menanam kesedaran ke atas Melayu Yang Mudah Lupa. (Melayu Mudah
Lupa kata Mahathir)

AMARIKOS menyatakan Malaysia sarang pengganas..
ada pejuang Hizbullah terlepas ke malaysia ...lalu menghantar Kapal
Pengangkut Pesawatnya (CARRIER) di Selat Melaka dan di Laut China
Selatan. Menghantar kapal selam nuklearnya dgn muatan peluru berpandu
membawa armada tentera untuk menyerang malaysia ...

AMARIKOS menyuruh negara berhampiran dengan Malaysia yang merupakan
sekutu rapatnya SINGOFURO di selatan, TAHAILAND di Utara dan PILLIPINNOS
di Timur menenyerang Malaysia dengan alasan memburu pengganas al-Qaeda
atau Hizbullah sama seperti alasan Israel menyerang Lubnan.

Walaupun Malaysia cakap Malaysia negara bebas pengganas tentera Kuffar
tetap menyerang malaysia jugak sama seperti mereka menyerang Iraq kerana
mereka dakwa Iraq ada senjata pemusnah, Afghanistan ada Pengganas
Taliban, Lubnan ada Pengganas Hibullah dan Malaysia ada Pengganas Jemaah
Islamiah.

Malaysia tetap mempertahankan Malaysia ini tidak ada pengganas tetapi
suara kita tidak dihiraukan sama seperti mereka tidak hiraukan
Afghanistan , Iraq dan Lubnan.

Sebelum tiba saat MALAYSIA DISERANG ini Perdana Menteri kita...YB Wakil
Rakyat...Parlimen dan ADUN...Tauke- tauke Cina yang kaya... semua cabut
lari ke keluar negara dengan jet dan pesawat peribadi masing-masing.
Mereka ada duit untuk cari perlindungan di luar negara.

Tinggallah rakyat Melayu Islam yang miskin hina ini di negara sendiri,
menunggu masa untuk diserang oleh tentera Kuffar AMARIKOS dan sekutunya.
Barulah rakyat tahu bahawa pemimpin Melayu dan tauke cina yang dijadikan
pepimpin sebelum ini tidak sama seperti Khalifah Umar Al-Khattab..
.Khalifah Ali Abi Thalib...Khalifah Khalid Al-Walid... Khalifah
Salahuddin Al-Ayubbi... yang sanggup berada dibarisan hadapan berdepan
musuh-musuh Islam.

SAAT Peperangan bermula....

Tempat yang mula-mula sekali dibom adalah Putrajaya, diikuti
negeri-negeri lain. AMARIKOS dan Sekutunya mengebom...melancar peluru
berpandu... membedil...menembak Rakyat Malaysia...mereka membunuh Orang
tua... perempuan dan Anak-anak kecil orang melayu islam kita...sama
seperti Yahudi menembak dan membunuh rakyat Lubnan yang tak berdosa!!!

AMARIKOS dan sekutunya menyerang MALAYSIA secara besar-besaran. Apabila
selesai pesawat pejuang di Selat Melaka mengebom Perlis, Kedah, Pulau
Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur . Datang lagi pesawat musuh
silih berganti.... .

Apabila selesai pesawat pejuang di laut China Selatan mengebom Kelantan,
Terengganu, Pahang....datang lagi pesawat musuh silih berganti....

Johor pula dibedil dengan peluru berpandu jarak sederhana SINGOFURO...
diserang dengan jet-jet pejuang SINGOFURO yang sentiasa melalui ruang
udaranya... menghujani bom-bom dan roket...kemudian Johor dan negeri
sembilan dapat ditawan tentera musuh.

Anda di berada di Kedah....Pasukan Darat tentera Bersekutu mara dari
bahagian Utara...tentera bersekutu semakin dekat dengan rumah anda...
menentang pintu rumah anda....anda bersama dengan Isteri yang sarat
mengandung dan 3 orang anak ketakutan dalam rumah...

Tentera bersekutu memperkosa anak perempuan yang berusia 12 tahun anda
depan mata anda...sebagaimana tentera Sebia memperkosa umat Islam Bosnia
...muncung senapang ditujukan di kepala anda...

Anak perempuan kesayangan anda yang anda bawak masa jamuan Raya
2006...diajukan muncung senapang...

DAMMMMMM...anak kesayangan anda mati ditembak oleh tentera bersekutu...

Sebelum ini anda melihat anak umat islam Lubnan, Palestin mati
ditembak.. anda tidak mempunyai perasaan apa-apa... sekarang berlaku
kepada diri sendiri... baru tahu perasaan sedih anak mati ditembak di
depan mata.....

Anda menangis ketakutan... .

Tentera bersekutu merampas Isteri anda yang sarat mengandung, dibawa
menaiki trak...untuk dijadikan habuan tentera dalam kem. Anda dipukul
separuh mati oleh tentera bersekutu meninggalkan anda patah riuk
berlumuran darah. Anda sangka anda sudah mati....tetapi umur anda masih
panjang....anda masih hidup...anda merangkak menuju ke hutan berhampiran
disebuah bukit untuk menyembunyikan diri....

Anda mengalirkan air mata... INGAT AKAN ALLAH....

Ujian peperangan berlaku didepan mata anda sekarang. Anda sebelum ini
tidak pernah terlintas dengan peperangan. Kita sering disogokkan negara
kita aman, tiada peperangan, tiada pertumpahan darah tiba-tiba hari ini
diuji berlaku peperangan.

Pemimpin tersebut yang menyatakan negara kita aman cabut menghilangkan
diri. Anda sudah tiada siapa lagi didunia ini....

Anak perempuan diperkosa dan dibunuh didepan mata...
Anak kecil ditembak didepan mata...
Isteri dirampas untuk diperkosa... . didepan mata!!!!
kawan-kawan. ..sahabat taulan... ramai yang terkorban..
dan tidak kurang juga yang cedera parahh..

Dipuncak bukit anda melihat kampung halaman anda terbakar. Mayat orang
melayu Islam bergelimpangan mati terutama golongan orang tua dan
kanak-kanak yang tidak sempat melarikan diri...mereka tidak bernasib
baik seperti anda...

Diatas bukit itu juga...anda melihat beribu-ribu Tentera bersekutu
berkumpul untuk membunuh dan menembak saki-baki orang melayu Islam yang
masih selamat...mengerled ah setiap ruang yang ada untuk memburu
Al-Qaeda, Hizbullah atau Jemaah Islamiah...tetapi umat Islam lain yang
jadi mangsa...

Sementara menunggu sakaratul maut menjemput anda apabila anda tersua
dengan Tentera bersekutu nanti....

Apa yang anda Harapkan pada masa itu????
Tiada perkara lain yang anda harapkan kecuali...BANTUAN ALLAH....

BANTUAN TENTERA UNTUK MEMBELA AGAMA ALLAH...ANDA MENGHARAPKAN UMAT ISLAM
DARI NEGARA LAIN MEMBERI BANTUAN KETENTERAAN KEPADA MALAYSIA ... ANDA
MENGHARAPKAN SAUDARA SEAGAMA DENGAN ANDA MELINDUNGI ANDA DARIPADA
SERANGAN TENTERA KUFFAR!!!! ANDA MENGHARAPKAN BANTUAN TENTERA JIHAD FI
SABILILLAH DARIPADA INDONESIA ,SELATAN THAILAND , BANGLADESH , PAKISTAN
,DAN NEGARA OIC YANG LAINNNNNN... ..BAGI MELAWAN TENTERA PENCEROBOH BUMI
MALAYSIA INI......

Tetapi tunggu punya tunggu....bantuan ketenteraan tidak kunjung tiba...

ANDA TERDENGAR UCAPAN DARIPADA PEMIMPIN DUNIA ISLAM YANGLAIN
menyatakan:

"Kami Negara-Negara Islam Mengutuk tentera PENCEROBOH menyerang Malaysia
" (Presiden Burkina Faso , Pengerusi OIC yang baru)

"Kami akan menghantar 10 000 Tentera pengaman ke MALAYSIA selepas tamat
perang nanti...setelah habis kawasan Malaysia dibom oleh tentera
bersekutu"(Presiden NAM )

"Alhamdulillah. .. Negara kita Indonesia aman damai berbanding dengan
negara Malaysia yang dilanda peperangan.. .Kita semua patut bersyukur...
kita dapat menyambut hari raya aidilfitri dan deepavali dalam suasana
yang aman harmoni" <--- Pemimpin Malaysia selalu sebut.
(Presiden Indonesia- Negara Umat Islam paling ramai)

"Tak apa... selepas peperangan tamat... Kami akan menghantar para
pendakwah ke Malaysia untuk mendidik rakyat Malaysia "
(Wakil Penduduk Islam Selatan Thailand )

"Kami akan menghantar bekalan makanan dan ubatan kepada Penduduk Islam
Malaysia yang dilanda peperangan"
(Pemimpin Arab Saudi)..bagi komen dan pendapat...

APA PERASAAN ANDA APABILA MENDENGAR UCAPAN PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM
SEPERTI DIATAS DIKALA ANDA MEMERLUKAN BANTUAN
KETENTERAAN DARIPADA MEREKA??

Thursday, February 26, 2009

SaaT AjaL MeNjeLaNg

sambil aku duk2 tulih blog nie aku dgq lagu2 nasyid....
tetiba terdengar lagu nie.....

Saat Ajal Menjelang
Album : Neo Sholawat
Munsyid : Snada
http://liriknasyid.com


Di saat ajal kan datang menjelang
Malaikat Izroil mainkan peran
Nyawa tercabut tubuh pun meregang
Allahu Akbar janjiMu telah datang

Lidahpun beku bibirpun membisu
Seluruh tubuh kaku dan membeku
Kenikmatan dunia pun berlalu

Mohon ampunan sudah berlaku
Tiada lagi tempat pertolongan
Kecuali amal dan perbuatan

Semasa hidup membentang zaman
Ridho Illahi yang didambakan
Sebesar dzarrah pun diperhitungkan

Kebaikan yang telah kita amalkan
Sebesar dzarrah pun diperhitungkan
Keburukan yang telah kita lakukan

Aku dpt rase betapa sakitnyer bile nyawa nak di ambil oleh Izroil....YA ALLAH SUNGGUH SAKIT....dpt rase seriyau.... tetiba ku teringat tazkirah yg pernaH aku dgr " Bhwanyer Izroil tarik nyawa paling lembut pun pada Rasullah s.a.w..tue masih terasa sakit". Apakah kiter nie yang byk laku dosa secara sengaja atau tak sengaja....

Hari-HaRiku!!!!

salam..... mmm...fuh lega sikit... nak taw nape??? mlm nie aku dpt rehatkan diri setelah strees & ketegangan melanda diriku.... byk sangat assgment & urusan sampingan yg kena handelkan....

Ari senin ari tue, birthday aku.... Alhamdulillah...Allah memberi peluang kpd aku untuk menghirup udara di muka bumiNYA.... Thanks kpd kwn2 yg doakan ku ..... Malangnyer.. Ari senin tue aku demam..... cdey sgt ari istemewa aku demam.... Nak wat mcm mane dah takdir..... So pe lagi aku ponteng class ler... hihihi....

Ari Rabu lak ade de presention utk LKM 400 (BM)... Before kejadian mak aku call sampaikan berita sedey pasal family kawan aku.... so perasan aku kacau bilau ler.... ati aku dah teringat-ingat kat dye... bdn jer kat situ...... Group aku wat Forum pasal PLKN.... Fuhhh...ari kejadian aku jd panel pertama..... pe lg.....gelabah + takut + terketar & mcm2 ler..... aku jd sbg "Menteri Jbtan PLKN" hihihi....dpt rase mcm mane org pnggil aku "Dato' huhuhu (perasan tul) Pusingan pertama aku ter"speak out".... huhuhuhu...... Dah ler mmg suara aku nie kuat..... tp dgn kwn2 rapat jer..... Rase class sebelah leh dgr...... nie takut punya pasal ler.... msk pusingan ke-2 aku try perlahan kan volume aku... Alhamdulillah..... Pas abis presention, lect komen sorang-sorang.... aku dah takut..... course rase byk kesalahan bahasa.... iyelah....jwb soalan spontan... Alhamdullilah.... Lect byk berikan komen yg positif..... Malam tue lak wat projek 3D kat P.P seNi.... kul 9 mlm - 2 pg.....

Ari nie lak... aku bgn lambat kul 10 pg... but solat subuh yerk.... class kul 9pg..... so pe lg kelam kabut ler...... aku nie baek budaq nyer... huhuhu(perasan lak) aku still pi class even lambat 1 jam.... Pas class.... aku & kwn2 len wat assgment reka bentuk grafik 1.... kite org kena wat poster yg berkait satu peribahasa.... aku dah benggong dah.... maklumler...ari nie nak anta baru nak wat.... jenuh gak aku perah otak.... akhirnyer aku pilih "Bagai Kulit Dgn Kuku" eh silap" Bagai Isi Dgn Kuku" la..... pas abis proses menghantar assgment aku pi tesco.... pi baiki spek mate aku yg baru pecah.... huuhuh(ganaz punya org) alik2 kena 70 hinggit.... dah ler poket kemarau teruk....

(nie artwork aku....aku suke design sesuatu yg bertemakan "ceria" & target audience aku ialah "childreN"....that is course i love children so much...they so cute....)


(Nie lak ArtWoRk Kwn Baik Aku JaNNah...CanTek Kan)



Monday, February 23, 2009

HaRiKu!!!

23/2/2009

* HaRi Nie aKu DaH TamBaH sEtaHuN Lg*
* Td TkaH Ckp KaT aKu DaH cUkup Umo UtK NgUnDi...hahaha...LeH TlnG SeLaMatKaN NgRi PeRaK *
*tHaNkS Kat SuMe Yg ByK Bg WiSh Kat Aku Bg MeLaLui SmS, Fs, Myspace, EmaiL, dll*

*HoPe Di UsIa 21 tHn Nie aKu Dpt:

- TeBus BaLik PoinTer aku-
-Jd HamBa, aNak, aDeq, Kakak, KwN & SeaNgkataN DgnnYa yG LeBiH BaiK -
-SeMoGa iNsaN2 Yg Ku SaYanGi & RinDui DiLimPaHkan Dgn RaHmaT & KaSih SaYanG- NYA-
-HoPe aKu Jd InSaN Yg LeBiH Kuat & TaBaH UtK M'hDpi UjiaN & CbraN Yg MenDtg-
-HoPe aKu LebiH MaTanG......-




Sunday, February 22, 2009

BerTaPa HiNanYeR DiRiku DiSisi Mu......

.
mmm..... ptg2 nak tggu magrib adalah mase utk aku utk beristerehat..
mcm bise aku wat assgment smbil dgr bacaan ayat2 suci al-quran....
rase sayu sangat bile dgr ayat2 suci nie...
tambahan lg ptg nie ujan renyai2.....
bertapa aku nie byk lakukan dosa baik yg disengajakan atau x disengajakan....

YA ALLAH, HAMBAMU NIE BANYAK MELAKUKAN DOSA!! AMPUKANLAH DOSA2 KU, KEDUA ORG TUAKU, KELUARGAKU, KETURUNANKU, SAHABAT2KU, KAUM MUSLIMIN & MUSLIMAT.... YA ALLAH JGNLAH ENGKAU PESONGKAN ATI2 KAMI SETELAH ENKAU BERIKAN KAMI HIDAYAHMU, MAAFKAN KAMI YA ALLAH..... SESUNGGUHNYER ENGKAU MAHA PENGASIH LG MAHA PENYAYANG.... AMIN.....

p/s buat diriku & semua: sedarlah...kematian pasti tiba... bertaubatlah selagi pintu taubat masih terbuka..... dunia hanya persinggahan yg penuh dgn lakonan dan pancarobanyer......

BeRiTaHu MusLiMaH!!!!

Beritahu pada muslimah itu
dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris,
dihantuk serpih,
dihempap berkecai.

Beritahu pada muslimah itu
jaga tutur kata;
cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan,
hati-hati meluah kata,
kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.

Beritahu pada muslimah itu
jaga tingkah laku;
harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
sesekali tersilap langkah,
akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian bukan faedah.

Beritahu pada muslimah itu
jaga pakaian;
ia cermin peribadi,
juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan macam manapun,
biar orang kenal...Dia orang ISLAM.

Beritahu pada muslimah itu
simpan secebis malu;
kerana malu itu,
sebahagian dari iman...

BeToi KeR?? EnTah LeR LaBu.....

23+2+1988=2013
2+0+1+3=6

6.Romantik

- adlh idealistik & mmerlukan ssuatu sbb utk berasa gembira.
-Hubungan kkeluarga yg kuat adlh penting buat mereka.
-Perasaan mereka mpengaruhi kptsn mereka.
-sgt suka utk mbantu & mjaga sseorang.
-sgt setia & blh mjadi guru yg tbaik.
-suka seni musik.
-mjadi teman yg setia kpd ssiapa yg mjalin persahabatan secara serius.
-harus bljr apakah yg blh diubah & apakah yg x boleh diubahnya.

Saturday, February 21, 2009

HoMe SiCk

mmmm......
penat sgt skrg nie......
mane x nyer....
mlm td tido kul 2pg bgn lak kul 6.30pg.....
td de ko-k (bsmusm)
pas abis ko-k pi tpk konvo sgt.....
jln2...pas tue jumpe Niza, Ija & Zety.....
pi tgk2 baju....
lawa....tp....x dak saiz.....

teringat kat deq jijahku cayang....
bestday dye dah nak dekat....
mmg nak belikan dye baju....
so... tgk2 dde baju cantek tuk dye....
pe lg aku kebas ler....
oder jer dulu...lum bayar lg...mlm nie baru nak byr....

*deq jijah & me*

balik blik....
tetiba aku "home Sick"....
nak balik.....memberontak ati ku nie....
tgk clnder....
mmm....7/3 jer yg leh aku balik....
so pe lg call kaunter tiket mcm bise....
alik2 dye kate x ambik order lak....
so ptg nie kene pi sg nibong ler.....

CaYang Mak aYaH

aZiZuN * aZiZaN* aZiZaH

"aYah & aNgoH"


Friday, February 20, 2009

Aktiviti2 aku yg akan datang:

* 20-22/2/09

-CG FUN HOUSE-

*21/2/09

-EXAM BSM USM-

*22/2/09

-KURSUS MEMBINA LMN WEB UTK CG-

*23/2/09

-MY BIRTHDAY (HUHUHU + SETAHUN LAGI UMUR AKU)

*24/2/09

-FORUM AGAMA BERSAMA USTAZAH SITI NOR BAHYAH-

-KAT DEWAN BUDAYA (JAM 9 PAGI)

*26/2/09

-FoRUM MASALAH KESIHATAN WANITA-

-KAT DK G 31(JAM 8 MALAM)

*1/3/09

-fORUM ( AKU DILAMAR CINTA)-

-KAT DK G 31(JAM 8.30 PG - 12.00 TGH HARI)-

*14/3/09

-SEMINAR TEKNIK HAFAZAN AL-QURAN-

-KAT DWN KULIAH G31 (scs comp-)


Fuh...pack tul aktiviti aku.....mmmm....... nanti de lg aku tambahkan....yerk....

Akhirnyer.....

Salam..... Huhuhuhu...... aku hepi bangat ari nie..... mau x happy selama sejak 2, 3 minggu nie aku asyik bz jer...... sampai mase untuk diri aku pun x dak..... mane x nyer...... bz dgn projeknyer & ko-k.......... fuh,,,,kepenatan yang amat sangat.....x dpt digambarkan dgn kata2.... ewah....

* Projek Laman Web....
- Aku kena wat satu laman web....mase yg dihabiskan u
ntuk wat project nie selama 2 minggu sebanyak 9 page.....fuh...menyeksakan..... -aku wat tentang "My Sweet Home" _Fokus aku pd knk2 ( tue sbb ceria semacam)

(page 1st untuk lmn web aku...had len x dpt nak upload)

* Projek 3 Dimensi (3D)

- Menggambil mase selama 2 minggu.....
- Aku & Group aku terpaksa buat seekor lalat yang sebesar 3 kaki dgn menggunakan dawai.... - Habis jari-jemari k
u (ewah)......amat menyeksakan.... - paling peret semalam ler.....bayangkan kitorang start wat kul 9 (pas isya') sampai kul 4 ( awal subuh)......dari restu aku, k.mira dgn jannah balik naik motor.....fuh....sejuk dye tarak boleh tahan.... aku yg banyak lemak pun x rak leh tahan......then tido...bgn subuh kul 6.30...tido balik pas tul bangun balik kul 8.15 pg sampai sekarang tarak tido....(kesungguhan melaksanakan tugas bersama-sama teman baik ku Jannah)

* Projek Untuk Grafik Digital....
-Projek nie paling menyeksakan.... nak taw sebabnyer...mau x seksa.....kita orang satu kelas x rak phm pe yg lect tue nak.... dye suruh wat gambar kita dgn backgr
ound .... reka pe2 gamba.....pastu tunjuk kat dye....nak taw satu kelas ke reject kecuali 3 org jer.... byng kan bertapa hancuzzz nyer ati yang lulurnie ( ewah)....3 kali kelas dye baru pham pe yang dye nak...dye nak kami reka satu gambar yang mustahil.....

( Hasil kerjaku khas Mrs Sumetha)

Semalam aku pi mkn tom yam dgn kawan baik aku Jannah.... pas kitorang pi beli dawai kat Sg.Nibong terus mamam....leh tahan ler toyam dye...tp aku pesan sayur kailan ikan masin sampai sudah x sampai2...yg kawan aku pesan tomyam campur dpt to
myam ayam....mmmmm sussssah tul.....huhuhu...tp kawan aku nie suka tngkap gambo...nie anta aksi2 kami...hahahaha

(kekusyukaN berDua Mamam sebaB perUt dah berdondang sayaNg Dan LapaQ)

Td aku baru wat persiapan untuk "FUN HOUSE CG". Ini atur cara nyer...mai ler ramai2....

Wednesday, February 4, 2009

KIDAL "VS" KANAN

Aku suka tengok orang yang menulis dengan menggunakan tangan kiri (kidal)...mmmm.... rase unik sangat tengok diorang tulis dengan tangan kiri.....cute sangat.... mmmmm...nak taw tak keistemewaan orang tangan kidal????

Seorang yang kidal sebenarnya mempunyai kelebihan dalam aspek kemahiran tertentu seperti imaginasi, visual dan muzik. Ini kerana individu yang dominan tangan kiri lebih mendominasi bahagian otak di mana di bahagian kanan otak di mana di bahagian hemisfera kanan ini terletak kemahiran tertentu seperti kemahiran mempersepsi (kenal pasti corak, wajah, melodi dan melukis), bahasa mudah dan nombor serta boleh merasai perasaan orang lain....mmmmmm...bahaya nie....Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna orang yang dominan tangan kanan (dominasi hemisfera kiri) tiada kelebihan. Individu yang dominan tangan kanan biasanya mempunyai kemahiran matematik dan bahasa yang baik ( bertutur, menulis dan permahaman) serta mahir dalam kordinasi aturan pergerakan yang kompleks.

M.A.L.U

Malu adalah sejenis tret personaliti yg merujuk pd kecenderungan mempunyai perasan halangan sosial @ mengelak utk berhubung dgn org lain.Antara ciri individu yg malu adalah mengelak mewujudkan hubungan mata, mengelak drpd bercakap @ bercakap dgn suara yg terlalu perlahan, sukar, gementar ataupun tidak selesa utk bercakap dngan orang yang tidak biasa.

Walau bagaimanapun, sifat malu yg sederhana dan bertempat adalah normal dan ia sifat mulia seorang Muslim.Namun, malu yg keterlaluan selalu dikaitkan dgn aspek negetif sprt kemurungan, kesunyian, ketakutan,estim diri yg rendah penasingan sosial

Sifat malu ini sebenarnya berpunca daripada beberapa faktor seperti kurang kemahiran sosial dan kebimbangan sosia (terlalu memikirkan kesempurnaan dalam sesuatu perkara yang melibatkan orang lain). Walaupun, beberapaperkara boleh dilakukan bagi mengurangkan sifat malu yang keterlaluan dan tidak bertempat. Antaranya adalah:

1) MEMPERTINGKATKAN KEMAHIRAN SOSIAL
Contohnya, cara berhubung dgn individu lain daripada pelabagi
golongan,memulakan perbualan.

2) MELALUI PERBUALAN
Contohnya mulakan perbualan dengan melontarkan soalan berkaitan
pengenalan diri kemudian disusuli dengan soalan terbuka bagi merancakkan
lagi sesi perbualan

Tuesday, February 3, 2009

19 Perkara Jangan

Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yg menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Di bawah ini terdapat 24 perkara - perkara yang jangan dilakukan yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri :

1. Jangan sengaja lewatkan solat, perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH s.w.t.

2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.

3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah dan sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.

4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)

6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan.

7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan dan kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan.

8. Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

9. Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak silaturrahim.

14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.

15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.

17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org kepada kita.

18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg. teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w.t.

19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.

10 Amalan Yang Terbalik..Bukan Terbaik.

assalamualaikum

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.

Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.

Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Sabda Rasullullah SAW: “Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat.” (Riwayat Bukhari)

jazakallah

dipetik drpd iLuvislam.com