Sunday, May 30, 2010

apbl aku jumpe mereka ....

salam... apa cam dgn hujung minggu kwn2 semua?? cuti 3 hari mesti best kan... cuti nie merupakan detik2 yg dinantikan oleh insan sprt aku... mengapa dan kenapa??? iya lah masa nie aku leh qado tido... hahahahaha.... eh!! tido penting utk minda ok.. (alasan pada hal).



semalam aku pi umah sepupu aku kat sini... Aku suka pi umah dye sbb leh men2 dgn budaq kecik Arisya... dulu malu2 dgn i... la nie asal muka aku dpn pintu umah dye.. terus lari2 mendptkan aku...ececeh mcm cete hindustan... budak kecik yg banyak akal.. al-maklum ler baru nak membesar... mcm2 akal sampai x larat nak layan... mcm2 kerenah..



kebetulan adik k.ina (isteri sepupuku) dtg.. bwk baby yg sgt comei.. x caya tengok gambar nie...



comei bukan?? kan dah kate comei... ayoyo... mane de baby yg x comei.. sume comei... dgn bdn dye yg berketul2...sedap & lazat utk dipicit2.. hahahaha..... geram..... baby nie sgt susah utk dgr dye nangis... waduh2 baik je... wat hal sendiri... duk sedap2 men2 dgn dye kwn aku snap gambar tanpa disedari dan nie hasilnyer...



p/s: papai nak collect information 4 my FYP... pray all the best 4 me...

Monday, May 24, 2010

Hepi BirThdaY mY HeRo

salam semua..hari nie 24/5 bersamaan hari Isnin adalah hari istemewa buat my family... why??what the special about this dAte??? hahahaha.. Today is my hero birthday.. Hero?? who is that?? adakah pak we kah??... hahahahaha.. No lah... my hero thats means ayahku tersayang...



" SELAMAT ULANGTAHUN HARI LAHIR AYAH YG KE-57... SEMOGA DIBERKATI OLEH ALLAH & DIKURNIAKAN REZEKI SERTA NIKMAT KESIHATAN.."

OMG... WLPN MY DAD IS 57 YEAR OLD... TP DYE X NMPAK MCM UMUR 57 THN BECAUSE HE LOOKS YOUNGER THAN HIS AGE.. RAUT MUKA DIA SENTIASA NAMPAK BERSERI & X DIMAMAH USIA... (MY DAD X PAKAI BOTOX OK...NAUZUBILLAH)..

OK MEH NAK CETE SIKIT PASAL MY DAD.. MY DAD SEORANG YG SANGAT2X TEGAS.. ALMAKLUM LAH BEKAS POLICEMAN...TP MASA I KECIK2 I PALING RAPAT DGN MY DAD... KEMANA SAJA DYE PERGI I MESTI NAK IKUT... ANAK MANJA KATAKAN... ITU PUN BEFORE UMUR 7 THN BECAUSE LEPAS UMUR 7 TAHUN I TERPAKSA MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI ADIK..... SEBAB MY ADEQ JIJAH BERJAYA MEREBUT TAHTAH EMAS ITU... WLPN MY DAD SANGAT TEGAS TP DIA SGT MAHUKAN ANAK2NYA UTK BELAJAR BERDIKARI... SESUAI LER DGN WATAK I YG LEBIH SUKA BUAT PERKARA DGN SEDAYA UPAYA DENGAN USAHA DIRI SENDIRI ( X MENGHARAPKAN ORG) & SUKA DIKONGKONG..


**ok...aku nie mcm muka mak ke ayah??**


****sedang memberikan tazkirah pd my family waktu dlm kereta on the way pi
mana tah **

APA YANG I SUKA PASAL MY DAD???

1) Suka bile dye gelak...
2) Suka sifat tegas dye but sporting....
3) Berfikiran jauh & menmbuat kami anak2 juga berfikiran jauh & terbuka...
4) dan banyak lagi (rahsia)..


***Nota HATI **
~Kami SAYANGKAN AYAH erat2 & terima kasih atas segalanya yg dicurahkan....~

Saturday, May 22, 2010

Awas!! PerinGaTaN BuMi Pada Manusia.... Ingat!!




Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.

Berkata Anas Bin Malik r. a; Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara;

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

Thursday, May 20, 2010

Tq PaK CiK Im... = )

salam... N3 kali nak ucapkan tq pada pak cik im course bg saye award...... comei award nie.... salam ukhwah pakcik Im... = )


Tuesday, May 18, 2010

CoNtesT SeNyUmaN PaLiNg MeNawaN...

SaJe2 Je SuKa2 Masuk CoNtesT Nie... ConTest nie diaNjurkan OleH CiK CheNta ZeTy....



So jesteru itu & sehubungan itu, mase utk menggodek-godek folder2 yg ada dlm my laptop nie... bukan senang nak carik gambar yg memenuhi syarat2 penyertaan.... lama gak aku duk godek2 folder yg ada dlm laptop nie.. ishh2!!!... then... aku mempertaruhkan gambar nie....



** Gambar nie diambil masa aku sem 3...waktu kursus utk Majlis Perwakilan Desasiswa kat Bukit Merah ***


****KENAPA AKU SUKA SENYUM???***
jawapannya:
aku suka senyum kerna dgn senyum aku mampu membuat org len tersenyum sekali gus hilangkan tension & kekusutan yg ada... padan ler dgn nama pena aku iaitu "wanjunsmile" & setengah drpd kwn2 ku memanggilku dgn panggilan "wanjunsmile"...apa yg penting ::: SMILE::

*****MARI KITA TGK SAPE YG KENA TAG ******
1.. Atikah
2.. zue
3.. anis
4.. Suzi

Saturday, May 15, 2010

Mata PuN NaK sLim... Tapi Mcm Mane Yerk??



Salam kwn2... skrg nie dah cukup seminggu aku berpratikal kat "Homework Studio Sdn.Bhd".... Fuh!!! sgt penat berkerja...baru ku mengerti betapa penatnya utk mencari nafkah utk anak2.. (de anak ke aku nie??) So far everthing ok... Bos2 aku sume yg sporting & anggap kita org mcm kwn2... byk ilmu yg diorg kongsikan... pe yg sgt aku suka bos2 aku sgt humble person... masih de insan yg jenis merendahkan diri... even dyeorg org atasan aku tp dye anggap kitaorg mcm kwn & adik dye org.. dye kate x yah nak ber"Encik2"... pggl nama sudah.... tp sbb dyeorg sgt jauh beza umur dr aku so aku abg dihadapan... utk hormat dyeorg sbg majikan & sifu kitaorg.... wlpn dyeorg sporting kije mmg bertimbun SEHINGGA



mata aku jdik jdik bengak macam nie........ oh tidak..... dari jauh pun boleh nampak jelas.... tgk gambar kat bwh nie.....


(sila tekan gambar tue kalo nak tgk betapa serius bengkak mataku)

so sekarang my mata nak jdik kurus balik... tp macam mane yerk????

p/s : aku mengalami masalah utk setting tulisan dye... boleh x sape2 bg tips utk kembali kpd situasi sepatutnyer....

Tuesday, May 11, 2010

Sabar Menanti Sayang........ :)

Salam... Hai Kwn2...
Hope pe yg korang buat ari nie all be ok & diberkati-NYA....ok skrg wanjunsmile nak tunaikan janji ari tue....
JANJI???
janji ape yerk???
bukan janji nak belanja korang tp janji dlm post N3

***************************************************************

Bagi kwn2 yg belum jumpe pendamping hati idaman... jgn risau, gundah gelana... kerana kita merancang tp Allah juga merancang..TAPI ingat rancangan Allah lebih baik utk kita... so jgn berasa sedih... (LA TAHZAN)...

so cik wanjunsmile nak kongsi suatu artikel pasal "JODOH"....
"JODOH"?
Apakah tue??Adakah sejenis makanan???
ok lah jom kita layan....


Renungkanlah sedalam-dalamnya. Hanya ALLAH yang Maha Berkuasa ke atas
sesuatu..

"Jangan terlalu memandang bintang di langit hingga kita terlupa rumput di
bumi."

Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia
bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35
tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk

membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk
lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan
biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman
kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu
sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita
benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama
masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati
kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil
pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)
terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar
berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti
itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di
tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di
samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai
org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa
seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada
yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan
syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana
perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "


Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "


`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`

Sunday, May 9, 2010

c.i.n.t.a.h.a.t.i.k.u


Salam...
Hari nie 09.05.2010(Ahad)...

SELAMAT HARI IBU BUAT INSAN YANG PALING ISTEMEWA UTK MAK... MAK ALANG TAHU MAK SELALU BACA BLOG ALANG... TERIMA KASIH SEBAB BERKORBAN MELAHIRKAN ALANG 23 TAHUN YANG LALU.. TERIMA KASIH SBB SANGGUP BERTAHAN SELAMA 23 TAHUN.. TERIMA KASIH SEBAB BERIKAN KASIH SAYANG YANG SECUKUPNYA & DIDIKAN AKHIRAT SERTA DUNIAWI... TERIMA KASIH SEBAB SELALU JAGA ALANG YANG SELALU SAKIT TANPA PERNAH JEMU... TERIMA KASIH SEBAB SELALU BEBEL KAT ALANG SELALU.. BILE ALANG BERJAUHAN DGN MAK ALANG SANGAT RINDUKAN BEBELAN MAK TUE.. SO ALANG NAK CAKAP TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA (bertapa besar nilai itu).. MINTA MAAF KALO ADA BUAT MAK KECIK HATI, MARAH & KECEWA (mmg selalu pun..) UTK MEMBESARKAN ALANG.. ALANG TAHU BERTAPA SUSAH NAK JAGA & DIDIK KAMI..

MAK AYAH...
SECARA SERIUS ALANG SANGAT BANGGA DGN MAK AYAH...MAK AYAH ADALAH IDOLA ALANG... SEMANGAT ALANG DATANGNYA DARI MAK AYAH... MAK AYAH SANGAT KUAT... KADANG2 BILA ALANG TERPIKIR MCM MANA MAK AYAH BOLEH BERTAHAN DGN PELBAGAI DUGAAN SEMUA.. MAKA ALANG BANGKIT BALIK... MAK AYAH TAK PERNAH TINGGALKAN ALANG KESEORANGAN DLM HARUNGI HIDUP.. TERIMA KASIH MAK AYAH SBB SELALU & TAK JEMU MENDIDIK ALANG... MINTAK MAAF SELALU SAKITKAN HATI MAK AYAH... SELALU ALANG TERPIKIR BETAPA SUSAH MENJADI SEORANG IBU & AYAH... BUKAN SENANG.. TERIMA KASIH KERNA KALIAN SUDI MENJADI KAUNSELOR, TEMAN SEJATI & PEMBAKAR SEMANGAT ALANG... TERIMA KASIH SEBAB X PERNAH PUTUS MENDOAKAN KAMI ANAK2 MAK AYAH...

ANAK2 MAK AYAH....
ALONG, ANGAH, ALANG & ADIK SELALU DOAKAN MAK AYAH MEMPEROLEHI BARAKAH DARINYA & DIKURNIAKAN KESIHATAN YANG BAIK.... KAMI SAYANG MAK AYAH ERAT2.. MAK AYAH TETAP DLM HATI KAMI... DOAKAN KAMI JD ANAK YANG SOLEH & SOLEHAH... DOAKAN KAMI DIJODOHAKAN DGN ORG YG SOLEH & SOLEHAH... MAAFKAN KAMI....

Monday, May 3, 2010

aKu JaTuH HaTi TerGoLeK-GoLeK liKe NaNgka BusuK...

salam...
lame dah x update this blog...
maklum ler musim exam...
so busy sikit kawan-kawan.....
skrg dah abis exam...
ngah berehat kat umah sementara nak tggu pratikal 10/5 nie

korang....
sekarang nie aku dah jatuh hati.....
tergolek-golek like nangka busuk...
jatuh hati kat sape yerK??
mmmmm....
hihihihih.....

MOOD:SHY2 CAT.... SAYA MALU NAK BGTAW LER...MACAM MANE NIE (smbil ambik bantal ttup2 muka...hahahaha...bg peluang tuk sya perasan jap)



****************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************
****************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************

SAYA JATUH HATI KAT LAGU YG BERKUMANDANG KAT BLOG I NIE.... HIHIHIHI...LIRIK DYE SWEET SANGAT... HAHAHAHAHA.... SUKA3X... I'M STILL SINGLE OK... SINGLE TUE BEST...CKP PASAL JODOH NIE.... NAK SHARE SATU ARTIKEL PASAL JODOH NIE...NEXT N3 I POST K.

note kaki + lengan :
asal x leh setting dye punyer tulisan... apa2 jer lah...